Tuesday, October 8, 2013

Kenali Barang Makeup Untuk Makeup Artist

Assalamualaikum uooolllllss... Terima kasih singgah sekali lagi kat laman blog saya nie...Hari nie saya nak share keperluan atau barang-barang yang selalu digunakan oleh mak andam atau makeup artist untuk mereka main conteng-conteng kat muka orang, hehehhe. Jadi sesiapa yang baru nak bermula atau berjinak-jinak nak cantikkan diri atau cantikkan orang lain, ini adalah sedikit sebanyak contoh barang-barang penting yang perlu makeup artist ada okey. Actually, ini semua barang-barang makeup saya untuk pengantin saya. Bila dah ada senjata nie, baru kita boleh main makeup-makeup dengan orang, dengan mak kita ke, dengan jiran tetangga ke atau nak buat duit! 


Okey, yang ni semua tahu kan, berus makeup!! Perkara paling pentingg sangat untuk makeup orang adalah senjata ni la, kalau tak ada yang ni, korang boleh guna berus sabut! hahahahaha. Takda lah, gurau je. Saya guna jenama B Brown, ia sangat lembut!! Takda la masa makeup kat muka orang ada rasa sakit-sakit akibat terlalu kasar. Berus ni saya beli kat Bright Sail. 
Harga : RM 210.00


Haaa.. yang ni adalah Loose Powder. Saya nak kongsikan, pastikan korang dapatkan loose powder ni, memang sangat best sebab Cute Press ni akan menyerap minyak kat muka kita, lembut dan yang paling penting ada sinar-sinar kat muka kita. Makeup kita akan lebih cantik dan lebih berseri!! Memang tak menyesal pun beli sebab cantik dan lagipun CP ni tak mahal pun RM 60.00 jee.. Tapi loose powder nie susah sikit la nak dapat sebab CP nie dari Thailand. Sesiapa yang nak, boleh PM atau inbox saya! 



Nie adalah shading, shading nie untuk bentukkan tulang pipi kita, dan untuk nampak muka kita lebih kurus dan terbentuk. Shading juga boleh bentukkan hidung yang tak berapa mancung macam saya ni jadi mancung! Yang ni pun saya beli kat Bright Sail, tak pun boleh beli kat stokis dia, korang boleh call kat no nie 0122399629. Kadang-kadang diorang ada buat sale so cepat-cepat call untuk dapatkan shading nie. Haa..bagi saya, shading nie perlu ada untuk korang punya pelanggan tau. Baru cantik.
Harga: RM 80.00



Nie faundation atau bedak asas MAC, no code NW20. Saya suka campurkan bedak asas nie dengan bedak asas jenama SUPRACOLOR yang gambar kat bawah nie, no code 4. Bila campurkan nampak lebih cantik, tak percaya, korang try kat muka sendiri. Tapi ingat, dinasihatkan la..jangan letak terlalu banyak SUPRACOLOR ni kat muka orang yang berminyak, lagi nampak berminyak muka orang tu, kesian dia nanti. Nak letak MAC lebih-lebih kat muka orang berminyak takpe sebab MAC akan buat muka kita lagi cantik dan kekal.
Harga: RM 130.00


Supracolor ni sangat cantik bila korang campur dengan bedak asas lain. Kebiasaanya makeup artist selalu akan beli no 4, sesuai untuk mana-mana kulit. Tapi kena campur dengan bedak asas lain la. Paham ke paham?? Lau nak paham lagi, nantikan tips saya seterusnya, kalau uolls nak boleh komen kat bawah atau email atau inbox kat facebook saya, Aida Mohamad okey. Yang nie korang boleh call kat stokis yang saya bagi no fon tadi okey.
Harga : RM 120.00


Nie pun bedak asas dari MAC, no code NC30. NC30 nie untuk orang yang kulit gelap sikit dan jangan lupa campur SUPRACOLOR tadi untuk nampakkan lebih cantik. 
Harga: RM130.00



Okey, ni bare study dari MAC juga. Letak benda ni kat kelopak mata untuk bagi eyeshodow yang kita letak tu, melekat dan juga tahan lama. 
Harga: RM 72.00



Yang ni adalah FIX dari MAC, guna ni sebelum makeup atau sesudah makeup. Tapi selalunya saya guna sebelum makeup. Haaa.. FIX ni penting digunakan sebelum makeup untuk makeup yang tahan lama dan bersifat penyegar serta mengelakkan segala kandungan makeup yang kita gunakan masuk ke dalam pori-pori muka kita. Untuk mengelakkan kulit kita jadi rosak dan berjerawat.
Harga: RM 80.00



Haa..yang pemerah pipi MAC. Nie nama-nama pemerah yang saya perlukan untuk cantikkan dan gebukan pipi orang. Nie warna-warna pilihan saya WELL DRESSED. 
Harga: RM 78.00



Nie pun warna kesukaan saya Margin dari MAC! 
Harga: RM 78.00



Nie pula FOOLISH ME, dari MAC juga.
Harga; RM78.00



Pemerah pipi DOLLYMIX dari MAC.
Harga: RM 78.00


Haaa...ni la warna-warna cantik yang saya suka! Dapatkan yer!!



Nie sponge, wajib ada okey untuk mendapatkan kulit muka yang serata. Boleh digunakan untuk shading, untuk letak foundation. Boleh didapati di mana-mana saja atau call no stokis yang saya bagi tu ok. Kat situ semua ada.
Harga: RM 4.50


Hehehe, bulu mata! Bulu mata ni boleh dapat kat Auto City Penang, kat situ banyak pilihan. Ini penting okey untuk mata yang lebih cantik dan mengancam! 
Harga : RM 8.50, tapi kalau beli borong dapat murah! 


Saya suka pakai Eyeliner Miss Rose ni, melekat dan tak comot tapi senang untuk dicuci, takla klu nak cuci nanti, hitamkan seluruh kelopak mata kita then terus jadi badwomen! Heheheeh, gurau je.
Harga: RM10.00


Haaa...ini penting untuk kening kita. Ini akan nampakkan muka pengguna Brow Set nie lebih lembut, ayu gituuww...
Harga: RM 62.00


Nie eyeliner bawah mata tu okey. Untuk orang dah mata besar, sangat tak sesuai pakai yang ni, ia akan nampakkan mata macam nak tersembul keluar! Jadi...terpulang la okey nak nampak tersembul ke tak. Hehehe. Harga: RM 65.00


Yang ni plak maskara untuk bulu mata kita lebih lentik dan cantik! Yang nie sifu saya yang bagi kat saya, tak berapa pasti harga berapa, sory uollss.. tapi jenama SKIN79 ni best juga..warna dia sangat-sangat pekat.


Yang nie plak untuk melukis kening kita. Untuk lebih terbentuk dan teratur. Ingat! Tips bila nak melukis kening kita, pastikan pensil nie sentiasa tajam, baru la kening kita terbentuk dengan kemas dan cantik. Jangan sesekali tak tajam atau tumpul, kening kita tak akan lawa dan terbentuk dengan cantik. Okey, pensil nie dari Silky warna no 2 Dark Brown. Harga murah je.. saya beli kat Mydin Mall. 


Ini gam bulu mata MAJINA, saya suka guna yang ni sebab melekat. Ada yang kurang melekat. Jadi, hati-hati la, nanti tercabut bulu mata kang, malu...
Harga : RM 6.80



Okey, ni eyeshadow Miss Rose, ada 48 warna. Cantik dan yang paling penting, warna dia sangat- sangat la terang dan melekat. Dapatkan yer. Nie pun hadiah dari kawan sifu saya. Tak silap saya, tak mahal sangat! 

Haaa...ni bag makeup kesayangan saya nih! Cantikkan? Bling-bling gituwww. Saya dapat bag nie kat depan HUSM kubang kerian kelantan, nama kedai tu MYTEN. Yang kat penang tu, boleh dapat kat Auto City Seberang kat Penang!
Harga: RM 150.00 dan ada juga RM 130.00.

Okey, ni saja dari saya...nie semua milik saya! Hanya berkongsi apa keperluan barang makeup yang perlu ada untuk makeup artist. Yang baru berjinak-jinak nak jadi mak andam, haaa..nie la barang-barang yang perlu ada. Nie saya kongsikan apa keperluan barang-barang yang perlu ada untuk jadi mak andam okey, so dapatkan segera untuk bertindak! Lama-lama tunggu, buang masa kan? Okey.., jumpa lagi yer uoollsss dengan tips-tips menarik dari saya. 

Ikhlas,
Aida Mohamad













18 comments:

  1. Slm kk..sy nk bli fndation supra colour dn eye shadow miss rose..camne cara pmbelian? leh x akk pm sy kt no wsup ni? 011114 473587

    tq ye..

    ReplyDelete
  2. Sya nak beli kotak make up bole suggest kat mna beli nyer wassup sy 0134905925

    ReplyDelete
  3. Sya nak beli kotak make up bole suggest kat mna beli nyer wassup sy 0134905925

    ReplyDelete
  4. Sya nak beli kotak make up bole suggest kat mna beli nyer wassup sy 0134905925

    ReplyDelete
  5. mcm mna kta nk dapatkan makeup full set ? harga brapa ...01126439403

    ReplyDelete
  6. Hyee ..dear.sy berminat utk full set..plis bg details. .

    ReplyDelete
  7. Thanks for the tip.Saya sekeluarga ambil yg haq sahaja.Lain2 tiada.Dulu kini dan selamanya.

    ReplyDelete
  8. Macamana nak kontex. More details pls for cute press

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Halo Bossku ^^
    Segera Daftarkan ID di ibu21,com
    Menyediakan 8 Permainan Hanya Dengan 1 ID
    Serta Tersedia Promo Menarik
    Bonus Turn Over Terbesar
    Bonus Refferal Seumur Hidup
    Minimal Deposit Hanya 25Rb
    BBM : csibuqq
    WA : +855 88 780 6060
    Di Tunggu Kehadirannya Bossku ^^

    ReplyDelete
  11. King of Queens Casino - Shootercasino
    Play exciting online slot games at 바카라 사이트 King of Queens Casino, an deccasino exclusive bonus up to C$1500. Play now! ☝ SIGN IN ▻ 제왕카지노 T&Cs Apply.

    ReplyDelete