Saturday, October 5, 2013

Kisah Aida

Bissmillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum.. ini adalah blog pertama kali saya buat dan orang lain dah lama dah ada blog mereka sendiri, terasa diri ni "lambatnyer melihat IT", huhuhu tapi takpe...yang masih baru dalam blogger dan yang masih belum lagi ada blog, jom cepat-cepat kita transfomasikan hidup kita hari ini. Jangan kita siakan hidup kita dengan post-post kosong di facebook, jom ubah pemikiran kita maju kehadapan. Ya! Mesti kita terfikir, bila dah ada blog, mesti kita kena menulis dan mengarang kan? Tapi..apa yang nak ditulis?? Takpe..tulis je dan redah saje la nak tulis apa, bab kata Dr. Azizan Osman dalam seminarnya. :)

Menurut penulis HAMKA, "Jangan tunggu kesempurnaan dalam menulis tetapi tulislah sekarang dan biarlah kesempurnaan itu datang dengan berperingkat". Ermm..bila saya baca ayat ini, 'panggg' (tiba-tiba), saya patut mulakan menulis! Orang lain boleh menulis dan berjaya, kita semua mesti boleh jadi macam orang yang berjaya jugak kan?? Cuma kena ada ilmu dan usaha je. 

Haaaa....apa lagi, jom kita menulis!!  Anda semua mesti ada kisah hidup anda tersendiri jadi saya akan kongsikan kisah hidup saya. Menariknya, semalam saya dah dapat surat dari pusat pengajian saya yang menyatakan 27 Oktober 2013 nie, saya akan berkonvo.. yes! alhamdulillah..syukur saya dah tamat belajar dengan gembiranya. Dan perkara yang BEST lagi kan, tarikh 28 Oktober tu plak, tarikh hari lahir saya. 29 Oktober plak, hari lahir kakak saya pulak.. best sangat tarikh-tarikh saya nie. Kebiasaannya kami sambut ala kadar je..sebab kami kurang mampu nak ber'kek-kek' sangat. Ada rezeki lebih, ada la.. Semua tu, tak kisah la..asalkan tarikh-tarikh ni dapat terpahat dalam memori saya kan?!

Tapi mesti 'BEST' kalau hari lahir kita ada kek bertingket-tingket, kita dapat buat kesyukuran ke.. dapat kongsi kebahgiaan kita dengan orang lain ke... kan best?? Mesti anda yang senasib dengan saya terfikir atau berangan sama macam saya jugak kan..? Heheheh, takpe-takpe..Haaaa... apa yang saya nak kongsikan, jom kita UBAH hidup dan keturunan kita. Bagaimana?? Soalan yang sering akan keluar dari fikiran kita, 'Macam mana ekkk nak ubah nasih hidup kita untuk lebih bejaya dan kaya??'. Haaa..yang tak pernah ikuti seminar Dr Azizan Osman lagi, cepat-cepat la sertai, bukan nak 'promote' tapi nak SHARE kat anda semua rakyat jelata, tolong la ikuti seminar atau program yang Dr Azizan Osman buat, sebab dia ada cara bagaimana untuk mengubah cara pemikiran dan nasib keturunan kita serta tips berjaya dan kaya di dunia dan akhirat.

Okey...berbalik kepada 'point' kisah hidup saya, perkara yang saya suka buat dalam hidup saya adalah BERniagaan. Saya terlalu sukakan duit berikutan kekangan kewangan yang ditanggung oleh keluarga saya. Jadi semasa saya belajar di universiti, saya pernah berniaga membuat nasi kerabu. Tapi sayang, sehari je saya niaga...nak tahu sebab apa?? Haaa...sebabnya saya tak mempunyai sistem, saya berniaga secara berseorangan, buat kerja seorang je, tak ada kakitangan, tak ada pembantu, semuanya saya yang buat, pergi beli barang-barang, angkat barang.. semuaaanya saya buat sorang-sorang. Kalau anda nak tahu, jualan saya tak sampai sejam dah habis kat tapak pasar malam universiti saya dulu. Menariknya jualan saya adalah disebabkan cepat habis!! Tapi...penat jangan cakap la.. ke hulu ke hilir dengan kelas lagi , tu yang sehari je jualan saya yang mampu dibuat. Mana tak cepat habis, saya buat 'nasi kerabu' yang betul 'original' kelantan kat JOHOR, mana la tak laku,  sebab orang luar kebanyakkanya kurang pakar dalam membuat nasi kerabu pior kelantan, nak-nak plak pelajar, mana la ada masa nak masak-masak ni. Kat U saya, bila sebut je nasi kerabu, semua orang teringin nak makan, itu pasal la jualan saya cepat habis! Saya buat banyak jugak, dalam 100 lebih bungkus tak silap saya.

Tapi apa yang saya silap dalam jualan saya disebabkan saya tak ada ilmu dalam perniagaan dengan sistematik. Kemungkinan masa tu sikap TAMAK dalam diri yang hanya nak keuntungan sorang-sorang je, tu pasal jadi macam tu kan? Kesian.. tapi itu dulu la.. sekarang baru saya faham konsep perniagaan yang berkat. Perniagaan yang berkat adalah perkongsiaan nilai pada orang lain juga, bukan pada kita sahaja. Perkongsiaan nilai ni adalah, kita memberi kebahgiaan pada orang lain melalui sumber kewangan pada mereka dan mereka juga memberi sumber kewangan pada orang lain. Ini akan menjadi satu amalan yang tidak putus-putus pada kita semua melalui PERKONGSIAAN ilmu dan nilai pada orang lain. 

Selepas itu, saya teruskan perniagaan nasi kerabu saya semasa cuti semester tapi saya bukak gerai kat kelantan. Kali ni, perniagaan saya dapat bertahan sepanjang saya cuti semester. Saya dapat buat dan menjual hingga tamat cuti. Feedback daripada jualan saya adalah sangat memberangsangkan dengan  mendapat pelanggan yang tetap, pelanggan yang semakin ramai dan ada yang sampai beli bungkus untuk mereka berbuka puasa. Best tak kalau dapat 'feedback' macam tu? Tentu lah best.. sebab saya ada tips yang sering saya amalkan iaitu apabila kita berniaga terutama sekali dalam perniagaan makanan, kita mesti buat dengan niat yang baik.., saya akan pastikan bila orang makan nasi kerabu saya ni akan 'terkesan kesedapan' nasi kerabu saya tu. Tips saya masa tu adalah, buat biar cukup rasa sedap maksud saya, masin, manis, masam, pedas dan semua la, biar cukup rasa pior nasi kerabu. Kedua, jangan kedekut bila bubuh isi makanan (sebab ada yang kedekut dan jimat) dan segala macam isi dan kalau boleh lebihkan nasi dan perkakas nasi kerabu lagi elok dan berkat. Kita menjual makanan ni, jangan kedekut baru ada keberkatan. Berkat tu penting dalam jualan kita, baru dapat 'feedback' baikkk punya.

Kemudia, bila dah tamat cuti, saya terpaksa balik ke universiti untuk kembali bergelar 'pelajar'. Tapi, walaupun saya menjadi seorang pelajar, saya tak pernah putus berfikir bagaimana saya hendak berniaga hingga kaya dan berjaya di dunia dan akhirat?? Saya sering berfikir, saya nak berniaga apa selain nasi kerabu? Sehingga lah saya jumpa seorang hamba allah yang memperkenalkan saya dengan bos dia yang berniaga dalam bidang perkhimatan kerja khawin (bridal). Saya sangat suka dengan pengalaman kebangkitan beliau jadi setiap kali cuti semester saya ikut beliau untuk menolong apa sahaja yang boleh di tolong. Masa tu saya nampak macam kelaparan atau ketandusan untuk dapatkan ilmu jadi saya ikut beliau pergi memasang pelamin dan pada suatu masa, saya teringin sangat nak belajar makeup.

Pada masa tu, beliau tak tahu yang saya sangat berminat untuk belajar makeup jadi saya 'call' dan tanya mak andam lain untuk belajar makeup, nak tahu dia cas berapa? RM1900 untuk 2 hari. Dan kebetulan kawan saya bagitahu pada bos dia yang saya nak pergi belajar makeup dengan orang lain, beliau membantah sebab dengan bayar RM1900 untuk 2 hari, saya mungkin tidak akan mahir sepenuhnya. Jadi beliau mempelawa saya untuk menjadi pembantu dan driver semasa dia hendak pergi makeup mahupun kemana saja pun. Nak tahu apa perasaan saya masa tu? Waahhhhhh...yahooo...seronok sangat-sangat walau pun penat jadi driver hingga lewat malam, kadang-kadang sampai pukul 3 pagi baru balik sebab beliau sibuk untuk menyiapkan tugas-tugas beliau. 

Bagi saya penat tu tak ada apa-apa, bila kita dahagakan ilmu. Hari-hari saya ikut, setiap kali cuti sem saya ikut, hingga ke saya dah habis belajar sekarang ni pun, saya masih mengikuti beliau. Dan alhamdulillah, saya dapat beli barang-barang makeup saya dan boleh dikatakan barang makeup untuk pelanggan yang nak khawin tu dah lengkap dah....  Alhamdulillah juga, saya dah boleh makeup pengantin dah pun, dan dah ada pelanggan dah pun. Alhamdulillah syukur sangat-sangat. Saya berterima kasih sangat-sangat pada beliau, pada ibu dan bakal suami saya yang sponser belikan barang-barang makeup. Haaa..bukan hanya sponser sahaja, saya nak beli semua barang tu pun bukan main susah tau nak dapat, kalau nak tahu, saya beli barang-barang makeup saya melalui hasil jualan air soya saya selama sebulan semasa puasa hari tu. Sangat-sangat berpuas hati bila dah dapat apa yang kita nak kan? 

Tapi apa yang saya nak kongsikan, cabaran saya adalah untuk mencari pelanggan sebab saya tiada ilmu dalam mencari pelanggan sehingga saya mengikuti seminar Intensif Jutawan Industri oleh Dr Azizan Osman, yang banyak membantu dan memberi tips dan ilmu untuk membina perniagaan kita, terima kasih pada mentor Dr Azizan Osman kerana berkongsi ilmu kepada kami semua, semoga allah S.W.T membalas jasa mu kelak, dan moga beliau dapat mengubah umat kita ke jalan yang diberkati NYA, in sha allah.. amin! Alhamdulillah, beliau dapat membuka minda dan memberi kesan yang sangat luar biasa dalam hidup saya, terima kasih DAO!! Moga 'puak' yang mengikuti program IJI, akan mendapat 'feedback'.

Peringatan saya, usaha dan teruskan usaha kita untuk jumpa apa yang kita suka bagi memperolehi kejayaan luar biasa dunia akhirat. Hidup kita lebih bernilai dengan memberi, In shaa Allah.. Terima kasih atas sokongan dan doa anda. 

Jumpa lagi dengan TIPS-TIPS dan ILMU yang akan saya kongsikan bersama anda semua.

Ikhlas,
Aida Mohamad



3 comments: